MINDEF Beli APC Baharu

01 September 2020

Sekitar 12 perusahaan telah melakukan presentasi kepada TDM untuk penggantian 24 Condors 4x4 Malbatt dan sekitar 20-30 untuk Batalion Angkatan Darat termasuk Anoa 6x6. Belum diputuskan apakah kendaraan akan bebasis 4x4 atau 6x6 (photo : TNI AD)

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan kini dalam proses memanggil tender untuk pembekalan kenderaan pengangkut berperisai (APC) bagi menggantikan kenderaan itu dengan yang baharu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya juga tidak akan membawa pulang kenderaan ketenteraan itu yang kini digunakan pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) di Lubnan.

"Kita tak panggil balik. Memang ia digunakan sebelum ini dan kita akan gantikan dengan yang baharu. Ia kini dalam proses memanggil tender.

"Kita akan hantar yang baharu bukan kerana yang dulu tidak ikut spesifikasi tetapi memang dalam perancangan kita dan sudah sampai tempoh kita akan ganti yang baharu," katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 40/2020, di PUSPAHANAS, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Tentera Udara, Tan Sri Ackbal Abdul Samad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

(Berita Harian)

Subscribe to receive free email updates: